Apr 10, 2012

Cara-cara membuat bunga reben.

Cara membuat bunga reben. Senang dan cepat.


CARA 1 :

Ambil reben dan jarum yang dah letak benang.
Jahit tepi reben seperti dalam photo.


Setelah siap dijahit ( panjang ikut citarasa ) tarik benang.


Matikan jahitan tapi jangan potong benang.


Setelah jahitan dimatikan,
gunting reben kemudian bakar sedikit hujung ke hujung untuk mengelak
benang reben tercarik. Bentukkan reben menjadi bunga kemudian sambungkan jahitan.


Then akhir sekali, letak manik.


DONE!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buku ini saya beli di kedai buku Eaton's, sesuai untuk yang baru belajar membuat bunga reben dan daun. Kandungannya lengkap dan senang dipelajari.

Suggest ja! :)) Sharing is caring!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA 2 :

Cara-cara buat bunga reben..

Step by step sama dengan di atas, tapi kali ini lebar reben dilipat dua. Lapisan bawah panjang sedikit dari lapisan atas kemudian jahit, seperti pic bawah. ( Jahit bahagian yang dilipat )


Hasilnya akan kelihatan seperti tompokan 2 bunga reben.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA 3 :

Cara, sama dengan diatas tapi menggunakan 2 warna reben berbeza dengan ukuran berbeza. Contohnya, reben bawah berukuran besar sedikit berwarna merah, manakala reben atas berukuran kecil, berwarna kuning.


Dan hasilnya....tadaa



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA 4 :


Sediakan ribbon 4 cm lebar dengan 20 inci panjang. Jahit bahagian tengah..


Seperti biasa, tarik benang dan sambung hujung kehujung benang. Bentukkan bulat..


DONE!


Happy Tuesday!
© Blog peribadi milik Dinah 2009-2013